di hari itu..

di hari itu..
ak n dia..masih harum mewangi lagikah kisah cinta kami..terlalu bnyk yg ku belajar darinya..detik MULA hidupku adlah detik ak KENAL dia...

Friday, November 12, 2010

ciNta..

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kita  dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. 



Namun janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki  itu.
Sekiranya kita menyedari dia sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kita dengan rela hati, nyata kita tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping dengan kita  sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kan?


 jika dia sentiasa buat hati senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.



Jangan anggap dia seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi  nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan yg terjalin..

No comments:

Post a Comment